
Prakata
Mengapakah anda perlu membaca buku ini? Hanya kerana satu sebab! Buku ini bukan sekadar menyajikan maklumat, teori, dan pengalaman, tetapi buku ini menyeru supaya anda lebih praktikal untuk mencapai kejayaan. Lebih praktikal!
Bagaimana pula buku ini menjadi lebih praktikal? Maklumlah, kini buku-buku berbentuk motivasi cukup laris di pasaran! Persoalannya, adakah deretan buku tersebut benar-benar memberikan manfaat kepada pembacanya
Tidak! Menurut kajian, hanya dua peratus orang yang membaca sesebuah buku motivasi memanfaatkan ilmu yang dibacanya, manakala 98 peratus lagi sekadar membaca –mereka tidak memperoleh apa-apa, hanya sekadar maklumat. Tambah malang lagi, terdapat sesetengah orang yang membeli buku motivasi hanya untuk menambah koleksi di rumah.
Setiap orang dilahirkan dengan takdir masing-masing. Bagi mereka yang menganggap apa-apa sahaja yang berlaku terhadap dirinya merupakan takdir dan tidak berusaha mengubahnya, mereka sebenarnya tergolong dalam kumpulan yang mudah menyerah kalah. Sebaliknya, bagi mereka yang yakin bahawa takdir tidak akan berubah jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya, mereka tergolong dalam kumpulan yang cekal dan berjaya.
Kita dilahirkan dengan potensi diri masing-masing yang dipandu oleh kewarasan akal. Cuma tidak ramai dalam kalangan kita sedar potensi yang ada dalam diri. Hanya segelintir orang yang sedar dan berusaha mencari potensi itu. Sebahagian lagi sedar tetapi sifat malas dan sambil lewa menjadi penghalang bagi mereka untuk mencariny
Kisah hidup yang dilalui oleh saya, Mahadi Badrul Zaman, merupakan contoh kejayaan anak muda yang sedar potensi dirinya. Saya berusaha mencari potensi tersebut tanpa jemu walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan. Bagi saya, tidak ada kegagalan dalam hidup, cuma yang berlaku adalah kesilapan dan daripada kesilapan itulah saya berusaha untuk mengubah keadaan.
Kini, pada usia baharu 23 tahun, saya sudah memiliki kehidupan yang sememangnya menjadi impian setiap orang ? memiliki kereta mewah, kediaman eksklusif, dan pendapatan bulanan mencecah enam angka.
Saya sentiasa yakin dengan diri saya sendiri. “If you have a power to believe, you can achieve almost anything in your life,” itulah kata-kata ibu saya yang menjadi pedoman buat saya sejak kecil ? pedoman itulah yang membawa saya menjadi seorang anak muda yang kaya dan berjaya.
Saya juga menjadikan bintang filem Hollywood yang tersohor, Arnold Schwarzenegger, sebagai role model dan penyuntik keyakinan diri saya. Daripada seorang yang tidak ada nama dan berdepan dengan pelbagai ranjau, Arnold kini terkenal di seluruh dunia. Daripada seorang bintang filem, Arnold kini melangkah pula ke dunia politik sebagai Gabenor California. Saya mahu menjadi seperti Arnold, “from zero to hero”.
Dalam buku ini juga saya ingin berkongsi rahsia kejayaan melalui kaedah yang saya ilhamkan dengan kerjasama Dr. Lawrence Walters Ng, yang saya anggap sebagai sifu (guru atau mentor). Bersama Dr. Lawrence, saya mempelajari banyak perkara. Kesemua perkara yang cuba dijelaskan oleh saya dalam buku ini cukup mudah difahami dan mampu diaplikasikan oleh semua orang – mencari potensi diri disertai dengan kebijaksanaan akal serta usaha yang tidak mengenal jemu.
Buku ini merupakan rujukan terbaik untuk mereka yang sudah menemui potensi diri. Pelajari dan praktikkan apa-apa yang disarankan oleh saya dalam buku ini kerana semuanya merupakan rahsia kejayaan yang sememangnya sudah dibuktikan oleh saya. Melalui rahsia itu jugalah saya berjaya menggilap potensi dirinya seterusnya mencapai kepuasan dalam hidup.
Perubahan yang saya lalui cukup di luar dugaan. Daripada seorang yang pemalu, saya tampil dengan penuh yakin dan berjaya mencapai impian ketika usia saya baharu mencecah 21 tahun. Kejayaan itu saya raih dalam masa yang singkat – mengejutkan keluarga, sanak-saudara, dan rakan sebaya. Ketika kebanyakan rakan sebaya masih tercari-cari Bagi mereka yang mempunyai keyakinan dan kesungguhan untuk berusaha, buku ini merupakan jawapannya. Buku ini berbeza sama sekali daripada buku motivasi yang terdapat di pasaran kerana ia sebuah kisah kejayaan seorang anak muda biasa tetapi mempunyai keyakinan diri yang cukup mengagumkan!
Dapatkan buku ini segera. Hubungi 013 – 208 8130 untuk tempahan sekarang.
Contact 03-7724 1789 and get it now. * while stock last.
Payment can be made through:
Maybank :
CIMB: